Followers

Wednesday, 29 October 2014

Syafiqa is sad

4:00 AM and i still wide awake. There are many things play in my mind right now. 

Kadang kadang aku terfikir apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku. Apa akan jadi dengan masa depan aku. Apa akan jadi dalam hidup aku. Macam mana ending hidup aku nanti. Bahagia ke ? Derita ke ? Aku rasa perjalanan hidup aku 20 tahun ni tak sama dengan perjalanan hidup kawan kawan aku. Tahu tak yang sebenarnya selama ni aku just fake kan senyuman aku depan orang sebab aku taknak orang tahu apa yang aku tengah hadapi. 

Memang aku ada kawan. Tapi aku tak rasa yang diorang akan faham kalau aku cerita dengan diorang. Macam macam benda weh aku lalui. Pasal diri aku sendiri, family, kawan kawan. Semuanya ada masalah yang tersendiri. Sampai satu masa aku rasa aku tak tahu macam mana nak handle semua benda ni. 

Sampai satu tahap aku rasa aku nak hidup sorang. Aku taknak ada kawan, aku taknak ada family, aku taknak ada boyfriend. Aku nak hidup sorang. Aku nak cuba hidup sorang. Tak payah bergantung dengan orang lain, tak payah ada perasaan dengan manusia, tak payah ada masalah dengan manusia. Cuma dalam dunia ni ada aku. Aku nak cuba hidup dengan tenang. Taknak ada masalah. Sebab aku tak kuat nak face semua benda ni.

Aku takesa lah orang baca ke tak every entry aku dekat blog ni. Mungkin ni salah satu cara untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Aku tapayah nak cerita dekat kawan kawan aku. Cuma aku dengan dunia aku. Orang takkan tahu yang my blog is still exist cus dah lama aku tak update. Orang akan fikir yang aku takde blog. So maybe i've my own privacy here. :)

1 comment:

AS said...

Hi Syafiqa, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is not a spam yah :)