Followers

Thursday 18 October 2012

Everything Will Change.


Assalamualaikum.
Sabtu ni habislah first sem aku. Tengahari tu aku dah balik KL. Siapa yang tak suka balik jumpa family balik kan. Memang tu pun yang aku nak. Aku rindukan mak, abah, along, kaiyisah, nenek. Semua orang lah. Tapi bila aku balik, aku akan tinggalkan best moments aku dekat Dungun ni. Memang lah sebulan lebih je cuti sem. But entahlah. Orang takkan faham kot. Senang ceritalah susah nak tinggalkan Zaidi. Bila dah balik KL nanti semua benda berubah.  Aku dah tak jumpa dia macam selalu. Macam mana aku dengan dia dekat sini. 5 bulan dekat sini macam macam benda yang jadi. Setiap masa dengan dia. Tapi bila start cuti sem then masuk sem dua semua benda tu akan berubah. Kalau dulu selalu bersama, bila aku dah duduk luar nanti aku tak dapat dinner dengan dia, pegi ATM sama sama dengan dia, lunch sama sama, semua benda yang buat bersamalah. Dulu masa cuti raya jea dah macam macam masalah yang datang. Ni cuti sebulan entah macam mana pulak. Hope kitorang boleh face apa jea dugaan yang datang dalam relationship ni. And harap juga dia kuat. For sure balik jea KL aku akan rindu dia. :’)
Image
Take Care Bie. :')

Tuesday 9 October 2012

Bukan Ini Cara Berdakwah.

Assalamualaikum.

Hari ni ada post yang agak menarik. Kiranya this post actually nak buat luahan perasaan sikit laa. Semalam si A ada baca satu post. It sound "Lelaki yang baik adalah lelaki yang mencintai perempuan yang berhijab". He disagree with this post. Okay. Here he's explainantion about this post. Perempuan bertudung memang lah baik. Tetapi kalau perempuan yang tak bertudung tetapi dicintai oleh lelaki yang akan bimbing perempuan tu bertudung how? Jahat jugak lah lelaki tu sebab bercinta dengan perempuan tak bertudung. Sampai lah ada someone, (just know as Si B) ni misunderstanding with his comment. Then bergaduh lah dekat Twitter. Haih sedih sangat. Lain kali before nak masuk campur baca tweet tu betul betul. Then banyak kali lah si A ni kata dia bukan melawan perintah Allah tetapi kalau lelaki yang akan pimpin wanita dari arah kejahatan ke arah kebaikan kan jugak lelaki yang baik. Am i right? I don't mind if ada anyone yang nak bangkang apa i cakap. Silakan. :) Then bila Si B ni agaknya dah segan, mula lah dia panggil kawan kawan dia. Bukak kan aib Si A ni masa sekolah dulu. Berdakwah macam tu ke caranya? Membuka aib seseorang? Then dia kata dia redha sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. pun masa nak berdakwah banyak yang menentang. TETAPI sedar tak yang Rasulullah tak pernah mengaibkan seseorang yang menentang dakwah Baginda? But apa yang dia buat. Tak salah nak menegakkan agama tapi cara Si A ni i think boleh merosakkan imej berdakwah Islam. Saya tau hal agama ni memang perkara sensitif. Sebab tu orang bijak pandai pernah cakap "Kalau berdebat tentang agama mesti boleh bergaduh". Macam ni lah contoh dia. Okay, here is my explainantion about what happen yesterday. I know tudung tu diwajibkan kepada semua wanita Islam. But sometimes perempuan tak bertudung like me bukan tak pernah terfikir nak bertudung. Nak tapi i cuba dari bawah. Bukan buat dengan drastik sebab i don't want to be like people outside there yang tiba tiba pakai then tiba tiba bukak. And i ada post benda ni dekat FB and someone yang dari sekolah agama ni ada agi hujah yang i think this is what Si B supposed to cakap. Menutup aurat tu memang dituntut dalam Islam. Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi tak semua wanita yang bertudung sekarang betul betul menutup aurat. Tak semestinya perempuan yang tak menutup aurat ni tak pernah terfikir nak menutup aurat. Mereka boleh cuba dari bawah like pakai pakaian yang longgar. Tapi kalau yang bertudung then pakai baju ketat pun tak guna juga". This ! Dapat apa yang i nak cakap actually? One more lah kan, kalau semua lelaki yang baik kena pergi dekat perempuan yang baik, perempuan yang jahat ni siapa nak pimpin? Bukan ke kalau lelaki yang boleh pimpin seorang perempuan yang jahat ka arah kebaikan tu bagus jugak? Then ada laa seorang lagi masuk campur. Katanya tak boleh terima pendapat orang. Babe, i think Si A tak mintak sikit pendapat pun. And i rasa if Si B bagi pendapat dengan cara yang lembut, this thing wi'll not happen right. Hmm, entah lah. Manusia zaman sekarang. Siapa yang taknak menangkan diri sendiri kan even dia tau dia salah. Sampai di sini sahaja post saya. See you in the next post. Thanks. :)

Thursday 4 October 2012

I'm Sorry Dear.

"Tears are words from the heart 

that can't be spoken"

Kadang kadang tak apa yang kita nak tu menjadi kenyataan. Siapa yang taknak bahagia kan? Kalau kita dah imagine macam macam dengan partner kita but even dah ditakdirkan dia bukan untuk kita tak guna jugak. Mugkin sekarang nampak saya yang salah. But, satu hari nanti awak mesti akan faham apa yang saya cuba lakukan. Mungkin luka yang awak rasa tu sementara. InsyAllah. Saya akan doakan awak jumpa dengan orang yang betul betul baik untuk awak. Yang betul betul layak dengan kebaikan awak. Bukan saya. Apa yang saya rasa sekarang lagi sakit dari apa yang awak rasa. Tapi saya tau, awak takkan pernah faham. Kita boleh merancang, tapi Allah yang menentukan. Awak akan faham juga nanti. Kalau ada jodoh tak kemana wak. Walau macam mana pun dugaan kita, walau jauh mana pun kita berpisah, insyaAllah saya akan jadi yang halal untuk awak kalau memang saya jodoh awak. Walau apa pun yang jadi, saya harap awak jangan lupa study awak. Ingat, awak hilang saya tapi bukan hilang keluarga awak. Awak harapan diorang. Saya taknak kerana saya hidup awak hancur macam tu jea. Sampai mati saya akan rasa bersalah dengan semua family awak kalau benda tu terjadi. Maafkan saya wak. :')

Tuesday 25 September 2012

With ZaidiBaharudin.


Hello. Good morning. Now i'm at McDonalds Dungun with my babyy, ZaidiBaharudin <33. Since 10 malam tadi kitorang kat sini and overnight semata mata nak study. Padahal dia main game lebih. Hahaha. Lagi pun kalau duduk bilik mesti takkan study punya. Tidur 24/7. Am i right? :D Ohh btw ni post ketiga saya selama di Dungun. Hahaha. Teruk kan? Busy dong. Harap memahami. Okayyy. That all for this moment. Not for today. :D See you at the next post. Chow yahh. :))

Sunday 15 July 2012

You and Me . ( noktah )

This not yours sayang, but this is ours (':

Friday 6 July 2012

A Chef-to-be.

Hello guys. Now dah pukul 22:58. Baru balik bilik and terus bukak lappy. Oh lupa nak cakap. Saya tidur bilik Shena hari ni. Actually dari semalam. Sebab roomate Shena dua dua tade. Diorang pegi camping. So Shena takut nak tidur sorang sorang. Saya yang berani ni teman lah dia. :P Hari ni nak update pasal apa yang saya buat di UiTM Dungun ni. Ofcs belajar lah kan. Saya amek course Pengurusan Hotel. So saya satu hari nanti mungkin akan buka hotel saya sendiri. Who knows kan. Saya minat dengan course ni. Interesting. Macam macam yang kita belajar. And semestinya course hotel bukan hanya belaja memasak. Actually my course ni banyak orang orang bawah. Dan mereka yang akan bekerja dengan budak budak under course saya ni. Nampak tak nak cakap yang course ni macam boss? :D So group saya tak ramai. Dia kena betul betul layak jea boleh carry course ni. *Muka angkuh* Hahaha. Ada about 15 orang laa. Dulu 10 orang jea. And paling kelakar lelaki 2 orang. Tu before second intake masuk. Hahaha. Noe lelaki dah naik sikit. 5 orang. LOL. And lelaki yang saya rapat dalam class pun Zaidi. Sebab dia gila. Hahaha. Lagi sorang tu rapat sikit. Khilfi namanya. Selalu kena perli kalau tegur dia tak bagi salam. -,- So far sekarang class yang paling best is kitchen. Hahaha. Memasak itu seronok. :D Okay lah. Sampai disini sahaja entry saya. Saya ada satu gambar untuk anda. Goodnight. :)


Thursday 5 July 2012

Hari Ini Sayaaaa

Hari ni saya bergaduh dengan Zaidi. Zaidi si heartless. Dia suka tidur dalam class. Pastu susah nak bangun. Kalau ada orang call dia kejutkan mesti naik darah punya. Tidur awal pun bangun lambat. Dasar jimbet. Rakus gila tidur. Macam dah tade hari esok. Hahahahaa. Tadi dia tidur dalam class CTU (agama). Time class Halaqah lagi sengal. Dah lah duduk depan. Lepas tu tidur. Lepas tu ustaz nampak. Tapi ustaz baik sebab tak marah pun. Ustaz diam jea. Lain kali saya pun nak tidur dalam class Halaqah jugak lah. Pastu oang tendang tendang kerusi dia, dia buat muka. Marah kononnya. -,- Pastu balik tak layan dia. Pastu dia call banyak kali tak angkat. Hahaha. Bajet nak manja manja dengan aku lah tu. Hahaha. Bosan kan cerita saya? Kbye !

Sunday 1 July 2012

I'm Back. :D

Assalamualaikum. This will be the first entry at Dungun. Hahaha. Orang dungun update blog weh. Semalam baru sampai sini sebab hari khamis hari tu i back to my hometown *acah acah hometown*. Balik semata mata nak amek lappy. Then now i've got my lappy back. So boleh lah update apa yang patut. So far sekarang okay laa study kat sini. Kawan kawan pun adaa. Banyak benda belajar kat sini. Belajar cakap terengganu dengan kelantan. Puihhhh tak faham apa pun. Hahaha. Okay ni nak bagi satu gambar laa. Mana tau ada yang rindu saya. My first gambar at Dungun. Byeee. Ready nak pegi class. Iloveyouuu. :D

HM110 Student. :)

Wednesday 23 May 2012

New Look Bebeh :)

Heyyooo. Cuba try tengok blog aku nie. Lain kann? Hahaha. Thanks untuk semua yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung dalam proses untuk meng-edit blog aku nie. Seriously aku tak reti edit blog. Sumpah weh. Aku reti tulis tulis jea. Hahaha. Aku mula terfikir nak edit blog bila Shena kata blog aku berat. Time tu aku mula cemas. Aku tidak mampu berfikir apa apa lagi selain dari untuk meringankan kembali blog aku *BM tak ayat aku* Pastu aku pun try lah buang semua benda. Aku nak try buat macam blog Shena. Simple ! (Y) Lepas aku buang semua aku ada masalah dengan template. Then Izzaty tweet kata kenapa blog aku macam -____-. Aku pun gelabah lah. Sebab peminat mula nak baca blog aku. Hahaha. Pastu bila aku tengok semua template tak jadi aku suruh Izzaty betulkan template. Then tu jea yang anak Sahury nie mampu. Then aku mintak tolong dengan anak Rofizal. Hahaha. Shena dengan baik hatinya dan ikhlas seikhlas ikhlas nya tolong lah editkan. Sampai lah jadi macam nie. Chantik takk? Hahaha. Benda yang aku tak bole lupa Shena tanya ' bole tak aku delete lagu cina mati kau nie '. Hahahaha. Part tu kelakar. And lagi kelakar sekarang aku tak tau kenapa blog aku tade lagu. Hahaha. Its okayy. Janji Shena dah tolong. Thanks gila babi weh. Kalau sape sape nak kenal dia jap aku post gamba. :D  And jangan lupa click link bawah tu. Follow blog dia sekali. Byeee. :D

That's her. :D

Tuesday 22 May 2012

Entry Baru.

Hyee. Dah lama tak update nie. Hari tu lappy tak boleh on. Charger rosak. Padahal dah 2 kali tukar baru tu. -,-. Next week nak gerak pergi Terengganu dah. Sambung belaja. Alahai, asa macam sekejap jea ada kat sini. Ada dengan mak, dengan Hafiz. But aku bersyukur gile sebab Hafiz balik awal. Kitorang asik keluar jea. Bahagia weh. Hahaha. Tapi bila nak gerak nie rasa macam tak ready lagi. Ikutkan sampai bila bila tak ready kan. :) Nvm, aku akan gunakan masa yang tinggal berapa hari jea nie untuk spent dengan Hafiz and family. Okay lah. Rasa macam nak edit blog. Hehe. Kbye. :D

Tuesday 1 May 2012

We'll meet again after 3 months dear. :')








Esok dia dah nak pergi dah. So before pegi, we spent our time together semalam. Lepas 3 bulan baru jumpa balik. Tu pun kalah aku tak dapat belaja lagi. More picture, visit my instagram :)

Sunday 29 April 2012

I Wish You Were Here.

Tadi shopping dengan mak kat Aeon. Betul ke ek spelling dea macam tu? Hah lantaklah. Bukan shopping ape laa. Saja gedik jalan jalan cuci mata. Beli barang dapur then bazirkan duit mak. Hahaha. Finally dapat jugak beli Chatime setelah sekian lama mengidam. Then tengah jalan jalan then mak nak pegi kedai jam, terserempak dengan AbdulHafiz bersama adik kesayangannya *kesayangan ke*. Hahaha. Then mak bole beti kat depan escalator yang berapa ramai orang nak guna tu tegur dea. Heboh nak bagi duit minyak. Hahaha. Then masuk Aeon nak beli barang barang aku lah *jangan tanya beli ape*. Terserempak AbdulHafiz lagi. Awww <33 . Jodoh lettewww. Hahaha. Gedik sangat. Dan saya agak malu malu untuk membeli barang barang peribadi saya *ayat budak gedik*. Hahaha. Dan adik dia juga pandang dan sengih sengih. -____- Dia shopping barang barang untuk PLKN. Ohh myyy. Berapa jam jea lagi dia nak pergi. :'( And berapa lama aku akan ditinggalkan. 3 months. JLKN sangat kejam. Bila AbdulHafiz pegi, lifeless. *nangis nangis* Kbye !

Monday 23 April 2012

Urusan Seri Paduka Baginda :)

7:45 AM

Abah call. Err mengantuknyaa. Pagi pagi dah suruh orang bangun. Siap siap nak keluar nak settle semua benda. Ingatkan dah tak kerja nie bole laa bangun lambat sikit. Tapi tak. Nak taknak kena bangun laa. Tapi golek golek menguap dalam 15 kali jam dah pukul 8. Terpaksa bangun. -___-

10:00 AM

Abah call. Tanya dah siap ke belum. Errr mesti laa dahh. Pukul 9 dah siap. Tapi pukul 10 baru tanya. Kelakar sangat menunggu orang. Satu jam pulak tuh. Nasib baik ayah sendiri. Kalau kawan kawan confirm dapat maki. Hahaha.

10:45 AM

Sampai kat Medan Mara. Nasib baik tak jam. Kalau jam hampeh. Memang berdengkur dalam kereta laa cerita dea. Hahaha. Pastu sampai jea pegi laa kaunter pelanggan. Katanya nak kena amek pas pelawat. Pastu sampai jea jaga perempuan tu tanya 'sape yang nak naik eh?' Aku pun cakap laa 'saya'. Pastu dea kata 'eh adik tak bole masuk sebab adik pakai sandel'. WTH ! Baru sekarang nak cakap? Aku dah sampai baru nak cakap. Dah laa banyak benda nak tanya nie. Babun. Nak taknak kena laa suruh abah naik atas. Pastu tengok ramai jugak aa kena balik sebab pakai sandel. 15 minit semua settle. :)

11:30 AM

Now nak buat check up untuk PLKN. Menyusahkan. Sampai sampai jea orang tu kata kena datang pukul 2. -___- Fine ! Kalau tau tade buang masa pegi sana. Pastu pegi bank. Kena bukak account BSN pulakk. Bila amek jea borang dea suruh pegi photostet ic and ticket bus.

11:45 AM

Sementara nak tunggu, pegi laa rumah nenek. Belikan nenek rojak dan cendol. Hewhew. Borak borak dengan nenek. Rindu sangat. 130 abah call nenek kata pegi laa pukul 2. Tapi tak bolehh, Kerajaan kann. Kena laa pegi awal. Balik lambat kang. Bila cerita dengan abah, abah kata nenek rindu nak borak bork dengan aku. :'( Sedih sangat.

2:00 PM

Sampai jea tungu laa giliran. Ada sorang kakak nie agak langsi laa. Suka suka potong barisan. Cam sial. Puihh. Macam biasa, buat test urine. Dengan sukacitanya urine saya clear. Tak penah amek dadah, minum arak dan yang sama waktu dengannya. Hahaa. Check mata and saya okay jea. Bila timbang berat, weheee ~ Berat saya turun laa. Bahagia sangat. :* Doc kata aku okay jea. Tade masalah. Alah kau malas nak check aku cakap jelah. -___-

3:15 PM

Pegi BSN. Numb dah sebut tapi bole bantai layan orang lain. Babun betul. Bila dah samapi turn nak cap jari, orang tu kata ic aku rosak. Macam mana laa bole rosak dow. Memang malang betul hari nie. Macam macam masalah. Dah aa panas nak mampos kat luar.

Tu jelaa urusan yang dibuat arinie. Penat sangat. Dengan panas lagi. Nanti nak kena pegi Putrajaya buat ic baru. Sampai bila nak hidup tade ic kann. Jadi PATI kang. Muka macam anak mat saleh kena tangkap dengan Imegrisen kann. Hahaha. Kbye !

Friday 20 April 2012

Hello. :')

Kalau kira kira balik lagi 12 hari nak gerak pegi PLKN. Tiba tiba pulak sedih dow. Nak tinggalkan family, hamster. Hmm, macam mana laa nak hidup kat sana. Semua benda kena buat sendiri. Mak tadee. :'( Sumpah nak meraung dow. Bangun kena awal. Then activity dea lagi. Takut tak larat jea. Kalau lah bole cancel kan sume benda nie kan bagus. 3 bulan hidup sendiri. Adoyy. Tade lappy. Tade gadget pape yang bole online ke, blogging ke. Hewhewhew. Sabar jelah pikaa. Nak buat macam manaa. Mungkin nanti lepas 3 bulan kau akan jadi syafiqa yang baruu. :')

Friday 13 April 2012

Thanks Izatyy. New Look Bebeh. :D

Hye everybodyy. Lama kan tak update blog. Rasanya lepas nie lagi lah lama tak update blog. 3 bulan babe. Hee. PLKN kann. Nampaknya memang tade sape lah yang sama kem dengan aku. Haaa, cuba tengok blog akuu, berwajah baru kann? Hehehe. Credit to my lovely friends, Nurul Izzaty Binti Sahuryy. Hahaha. Dia yang tolong aku editkan blog nie. Sebab aku macam tak reti langsung nak buatkan. Last last dea suruh bagi password sume. Heee sayang kau doww. Lagu pun lagu baru. Tu bukan lah dea yang buatt. Aku yang buat. Melampau lah kann kalau benda tu pun nak dea buat. Sebagai upah dea mintak KFC snack plate. Urrmmm fineee. Nanti aku belanja. Haih sengal betul. Hahaha. Tu jelaaa yang nak cakap untuk entry nie. Bubyeee.

Thursday 5 April 2012

Beware Girls !

Tadi along call. Dea act otw nak hantar her father-in-law pegi KLIA. Nak pegi Macca. :) Then masa kat jalan Ampang depan tabung haji, tengah jam. Mybe sebab orang balik kerja kann. Pastu depan kereta dea ada taxi. And depan taxi tu laa kereta yang jadi mangsa ragut tu. Masa tengah jam jam tu ada satu moto, 2 orang datang kat kereta tu then pecahkan cermin kereta tu 2 kali and mybe guna gunting koet dea terus rampas handbag perempuan tu and terus blah. Oh so scary. Hahaha. And along kata dea menggigil gile sebab benda tu jadi depan mata. Husband dea keluar nak tengok mangsa tu lah kann. Yang kena tu ofcs perempuan and dea Cina. Masa orang ramai sume berkumpul kat kereta dea, dea macam terdiam . Perempuan tu stop kat tepi then dea call lah someone koet. Errr berani betul orang tu kan. Kalau aku kat depan kereta perempuan tu, aku bukak pintu kereta. Biar terbang peragut tu. Kesian Cina tuu. And girl kat luar sana, carefull. Tapayah laa letak handbag kat atas kerusi. Aku pun macam dah rasa takut pulak nak drive. Hahaha. Okay lah. Tu jea story nyaa. Take note okayy. Byeee. :)

Thanks .

Terima kasih untuk kata kata anda yang membunuh. :)

Thanks JLKN :)

Nama Kem : Kem PLKN Nilam Ehsan , Mukim Bidor
Alamat Kem : Lot 4788 Mukim Bidor Batu 3 1/2 Jalan Tapah - Bidor
Tarikh Lapor : 3 May 2012

PLKN dah dapat. Tinggal nak pegi jea. Macam mana laa nak survive sorang sorang kat sana. Hafiz dapat dengan kawan kawan dea. :') Tak rasa macam stranger lah kat sana kann. kawan kawan ada. Thanks to JLKN sebab campak saya jauh sangat and biar aku sorang sorang. tape laa. Nak buat macam mana kann. Sape yang dapat PLKN and dapat location yang sama, bagitau. Weee~

Monday 2 April 2012

New Driver On The Road. :D

Saya dah dapat P. Hahaha bangga bangga. Lepas nie dah bole pegi jalan jalan. Bawak Hafiz keluar. :D tadi masa test cuak giler. Tengok ramai yang failed bukit. But nasib baik saya lulus. Pastu ada jugak yang bila test ontheroad, bila balik JPJ yang drive. Takut oh. JPJ tu garang + sombong. Menyampah pulak. Bagi salam pun diam jea. Bengong. pape jelah. Yang penting saya dah pass. Lepas nie kalau ada kereta memang tak melekat kat rumah laa. Hehe bubyee. :D

Sunday 1 April 2012

Tentang Rasa.

Assamalmualaikum. Dengan rasminya saya dah jadi penganggur balik sekarang. Hahaha bangga ke? Mungkin tak. Sebab bila berheti jea kerja automatic duit tade. Hahaha. Baru tau susah nak cari duit. Tape laaa. Nanti ada orang nak bagi saya duit tiap2 minggu. :D Ohh btw, post nie act nak crt pasal lagu yang saya baru dengar semalam. Padahal dah lama dah lagu tu keluar. Budak darjah 2 pun dah mula nyanyi lagu tu. Tapi aku baru dengar. Sedih sangat. -_- Cuba click link nie then dengar lah lagu dea. :) Tentang Rasa. Bubyeee. :D

Wednesday 28 March 2012

Minggu terakhir. :)

Esok cuti. So, bole laa online sampai lebam. Hahaha but tak bole jugak. Sbb esok mau pergi ke Carefour walaupun cuti. Saya mahu membantu Siraj. Dea nak pinjam lappy. Tape tapee. Saya tolong dea. Sebab hari tu dea dah tolong saya. Dea teman saya jalan kaki pergi kerja. Sayang dea sangat sangat. Izzaty ajak pg mines tp saya tade duit. :( sedihnyaaa. Kalau tak dah bole melepak dah. Tapi lagipun saya esok ada class bawak kereta. Nanti kalau dah dapat lesen saya bawak kawan kawan saya pegi jalan jalan. Tapi kena bagi pinjam kereta lah. Hahahaha. Hafiz dah tido. Penat sangat kann. -_- Syafiqa jea yang tak reti reti nak tido. Ohh btw title blog kat atas tuu tulis 'minggu terakhir' kann? Tu sbb minggu nie minggu terakhir saya di kedai haiwan tuu. Sedih sangat nak tinggalkan rabbit and hamster kat kedai tuu. :( Baiklah. Sampai sini jea saya nak update. Nani bila bila saya update lagi keyh. :)

KOSONG (Y)

Hari nie tukar lagu blog. Lagu najwa latif bahh. Hahaha even tak minat dea pun tp minat lagu dea nie haa. Best jugak. Bett dari cinta FB dea tuu. -_-Enjoy yahh. :)

Wednesday 21 March 2012

SPM. :)

Alhamdulillah. 
Segala usaha penat lelah selama 5 tahun akhirnya terbayar juga. :)

Wednesday 14 March 2012

Ini Makan Dia !

Semalam ada hal sikit kat tempat kerja. Gansta lah katakan. Hahaha. Actually dah lama pendam then sampai semalam rasa macam dah tak bole bersabar dengan diorang yang bersifat perkauman tu. Tinggal kat Malaysia so kena sama sama lah kan. Kalau sume benda aku kena buat mmg tak laa crt dea. Nak kemaskan benda2 yang kau guna ingat aku orang gaji kau? Bukan kau yang bayar gaji aku weh. Bos aku yang bayar. Kau tu senior kat tempat kerja jea. Luar tempat kerja aku senior kau. If aku bole respect kau, why not kau respect aku jugak.Dulu mybe aku bole diam and biar jea korang pijak pijak aku. But sabar ade had nya kann. Aku mmg manusia yang tahap kesabaran rendah sangat. If aku cakap aku taknak buat means aku taknak. Ingat kau call boss aku goy? Aku bole crt kat bos semua pasal kau. and mybe smlm kau fikir bila kau call boss dea akan marah aku kan. Last last kau yang kena. Hahaha itu makan dea. Nasib baiklah aku kerja untuk bulan nie jea. Kalau lama lama aku kerja situ dah ada kes bunuh aku rasa. Seriously mood semalam tak baik gile. But bila bos balik kedai balik, terus ade mood. :)

Wednesday 7 March 2012

Cuti Cuti Cuti.

Hari nie saya cuti. hahaha best sangat. Tapi kena bangun awal. What the . . . .  Tapi tape lah. Dapat jugak meluangkan masa dengan mak tersayang. Hahaha bajet jeh ayat. Kerja sangat penat. Tapi malas nak cakap dengan sape sape. nanti mesti keluar ayat 'haaa baru tau cari duit tu susah' -_- . Bengang bengang. Nak jugak merasa cari duit sendiri. Then keluar duit sendiri nak beli barang. Baru rasa betapa tak cukup nya gaji yang tak seberapa untuk survive kat KL nie. So dari situ baru nampak yang kita kena belajar tinggi tinggi then dapat kerja bagus. Gaji beribu baru bole hidup kann. Nampak tak mcm bagi tips nie? Hahaha. Sejak kerja kedai haiwan nie saya berjinak jinak nak membela hamster. Pada mulanya mendapat tentangan dari mak. *ayat novel*. Tapi sekarang mak macam suka jea dengan dea. Hahahah. Lepas nie bawak anjing pulak. Hahahaha. Okay lah. Nak rehat. Kejap lagi ada class memandu. Bubyeee.

p/s : ketawa tak semestinya bahagia. :)

Wednesday 29 February 2012

Kerja :)

Agak lama tak update blog kan. Ada yang kesah ke? Hahaha. Saya dah mula kerja. Akhirnya dapat jugak mencari duit sendiri. Mencari nafkah untuk kelurga. Hahahaha sakai. Baiklah. Tu jea saya nak cakap untuk entry pertama setelah 20 hari bekerja. :D bubyeee.

Thursday 9 February 2012

Perangai Apa Lah Sial !

Nampak tak title macam emo tu? Memang emo pun nie. Pantang betul kalau orang yang gunakan aku time diorang susah. Kau ingat aku nie ape. Memang hidup untuk tolang kau lah eh? Agak agak laa derr. Maaf tak bererti melupakan. Time kau happy happy kau dengan orang lainn, bila kau susah kau cari aku. Ingat aku hamba kau ke weh. Errr sabar jelah dow dengan kau. Nak jea aku sound tadi tapi slek aku baik lagi. Aku msg berlapis. Tapi aku harap kau makan dalam lah weh dengan msg aku tu. Sebab kau pun tak rep msg aku tu kann. Please think before act. Sebelum aku lempang kau laju laju. Byee !

Wednesday 8 February 2012

AZURA (Y)



Baru balik dari tengok movie. Hafiz bising orang tak ramai. Padahal hari nie hari kerja. Kitorang yang penganggur nie mana ade kerja. Hahaha. Cerita dea not bad. Tapi bosan sikit. Yang best part part romatic tu jelah. Tu jea nak cerita. Hahaha byeee. 

Monday 6 February 2012

Kepak Ayam Bahaya Untuk Perempuan.

Kepak Ayam Bahaya Untuk Perempuan

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.

Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada. Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

Ramai yang di luar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi dibahagian kepak kerana isinya lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghadapi pertumbuhan sista, sista yang terdapat dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghidapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serious dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan oleh kaum lelaki. Ingat, mencegah lebih elok daripada merawat. 

HARUS BACA !


Ini adalah sangat menakutkan. Serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan   tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk  ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.  Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan atendan tersebut dan dituduh menipu. Atendan tersebut memberitahu wanita tersebut supaya bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. Dengan segera beliau menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik sebahagian seorang wanita. Salah satu cara yang mereka lakukan ialah dengan merangkak perlahan lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya ialah stesen minyak atau kedai kedai runcit pada waktu malam. Kemudian mereka akan potong kaki / buku lali mangsa dan kemudian membunuh dan mencerai-ceraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta dan menculik mereka Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat kereta percuma. Ketiga, jika boleh elakkan memandu seorang diri pada waktu malam. Ini adalah situasi sebenar. Penculikan ! Pembunuhan ! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan ! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

Friday 3 February 2012

Woot Woot :D



This entry is for my HafizAziz <33
Thanks for today babyy. 
Iloveyou so much. :*
kbye !

p/s : nie gamba lama. muka budak sch. :D

Thursday 2 February 2012

LOVEBITES :)


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan jantung akibat daripada lovebite yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit itu pada awalnya. Mereka kemudian memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite di badannya. Dan dari kesan lovebite itu mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil itu menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung yang boleh menyebabkan strok. So, hati hatilah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri. Nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.


Wednesday 1 February 2012

Bole Jadi Bengong Kalau Hari Hari Macam Nie.

Okay. Hari nie nak cerita pasal apa yang mengusutkan kepala saya nie. Dulu masa sekolah sibuk borak borak dengan kawan kawan ape yang nak buat lepas habis sekolah. Pastu semua orang kata nak lepak lepak laa. Pastu nak kerja laa. Tapi saya lain. Saya cakap laa yang saya tak bole kerja. Parents tak bagi. Then bila tengok kawan kawan pun ramai yang kata taknak kerja. Nak lepak lepak kat rumah rehat rehat. Tapi sekarang lain yang jadi. Budak budak ramai yang kerja. Saya duduk rumah jea. Kalau dah kerja sape jea yang nak lepak kan.  Memang takde sape lah yang nak lepak. Nak taknak kena lah duduk rumah. Sangat bosan. Tak tau nak buat apa. Mula mula ada lah jugak fikir nak kerja. Bila cari kerja dapat macam taknak pulak. Dulu dapat tapi dea offer jauh. So tade lah terima. Bila sekarang nak cari kerja balik tade sape pun yang call. Macam karma dow. Actually bole jea pegi cari kerja lagi. Tapi ada satu sebab yang menghalang diri nie nak cari kerja. Saya fikirkan kalau lah saya dapat kerja, nanti tak bole lepak lepak. Nak keluar hangout pun susah. Tapi bila tak kerja pulak bosan duduk rumah. Duit pun tade. So tak tau lah nak kerja ke taknak dow. Tak tau nak mintak opinion sape. Hmm tu jelah untuk entry hari nie. Kalau nak comment sila tinggalkan jea comment anda tu yea. Assalamualaikum. :)

Tuesday 31 January 2012

Bodo Punya Olang.

Hye. Entry hari nie nak buat luahan perasaan pasal malam semalam. Malam semalam susah gile nak tido. Diorang main mercun. Seriously tension. Bunyi dah laa dekat. Dah rasa macam duduk kat negara yang tengah ber[erang. Macam kat Iraq sana tuu. Diorang tak fikir ke yang nie weekdays. Esok semua orang nak bangun awal. Ada yang nak pegi kerja. ada yang nak pegi sekolah. Kalau main dalam pukul 8 lebih tu takesa lah. Tapi nie dah nak pukul 12 tengah malam. Sape tak sakit. Kesian orang orang yang nak kena bangun awal esoknya tu. Actually saya pun nak kena bangun awak. Sebab hari nie ada class 6 jam. Kena lah bangun awal. Tapi kalau dah bising macam tu how nak tido. Bertimbang rasa lah sikit. Semalam dah menyumpah nyumpah dah diorang. Pasal mercun jea dah create banyak dosa. Pastu rasa nak call jea police biar diorang kena tangkap. Pastu call Hafiz tanya kalau call police rasa rasanya polis datang tak? Hahaha sengal. Pastu kalau bole nak jea masa diorang main mercun tu biar mercun tu jatuh kat atas rumah diorang. Kan senang. Biar sume terbakar. Habis cerita. Tunggu punya tunggu pukul 230 pagi baru diorang habis main mercun. Kata 1Malaysia. So fikirlah pasal orang lain jugak. Bukan fikir seronok sendiri jea. Tengok lah time raya aku nanti. Aku bom depan rumah kau. Haiyaaa. Okay lah. Sampai disini sahaja luahan perasaan saya. Kalau nak cakap pape sila tinggalka kat petak comment tu yea. Byee. :)

Monday 30 January 2012

Pakai tudung tapi .....

Okayy. Hari nie nak cerita ape yang saya nampak masa keluar dengan mak hari tu. Sabtu hari tu keluar dengan mak. Pegi Low Yat mula mila. Then after pegi shopping kat TS. Lepas tu masuk laa F.O.S. Masa masuk F.O.S tu tengok tengok lah barang. Then ternampak sorang kakak nie. Terkejut gila bila tengok dea dress up. Dea pakaishawl BUT baju dea nampak lurah dea. Dea pakai shaawl style ape pun tak tau. Lilit lilit kat atas kepala. Macam orang afrika pun ada cara dea pakai shawl tu. Lepas tu panggil mak. Tunjuk kat mak. Hahaha then mak geleng kepala jea. Mak kata maybe dea sebenarnya tak pakai tudung tapi dea nak style jea. Mungkin lah kann. But tak kira laa. Mungkin betul dea just nak jadikan benda tu fashion tapi tu cuma diri dea jea yang tau. Orang lain yang nampak mungkin ke fikir apa yang dea fikir? Mesti tak kan? Orang akan terus fikir yang dea memang pakai tudung. dah lah kat KL tu ramai orang oversea yang datang. Kalau orang orang oversea yang datang tu bertudung then nampak dea macam tu tak ke memalukan. Hmm eventough saya nie bukan bertudung but saya rasa apa yang dea buat tu tak patut. Dea macam memalukan orang yang bertudung jea. Okaylah. Sampai sini jea entry sayaa. Kalau nak comment pape just  comment jea keyh. Mybe ade yang tak setuju dengan entry saya nie. :)

Saturday 28 January 2012

Happy Birthday To Me :)


Hye everyone. Hari nie nak update pasal ape eh? Haaa nak bagitau lah yang hari nie birthday saya. So secra officialnya saya dah berumur 18 tahun. Still muda lagi. Cuba tengok about me punya gamba tu. Chantik kan? Hahahha okayy suka puji diri sendiri. Orang pertama yang wish birthday saya is my bff, Nurul Izzaty Binti Sahury. Dea wish awal sangat. Belum pukul 12 lagi. Dea kata sebab dea nak off. Haih sakai. Btw Izzaty ada blog. Click jea nama dea tu. Then follow dea keyh. Heee. Kalau birthday mesti dapat call free kann? So ape lagi. saya gunakanlah hadiah tu sebaik mungkin. Sampai semua oarang saya call semalam. Tapi semua tido mati. Sakit jea hati. Ingatkan nak kacau lah diorang tido kann. Buat prank call ke tapi sorang pun tak angkat. Hampeh. Tapi yang penting actually nak call Ashton saya <33 Heee. Semalam borak borak dengan dea sampai pukul 2 lebih. Nasib baik dea kerja petang hari nie. So dapat laa borak lama lama. Nasib baik jugak masa birthday saya dea tak kerja pagi. Macam selalu tu. Bila borak dengan dea, kitroang pun flashback laa macam mane dea ngorat saya duluu. Oppsss salah. Masing masing nak ngorat diri masing masing. Hahahha. Bila dah penat so decide nak letak then pukul 5 call balik. Lepas tu saya pun kuncilah jam. Bila bangun pukul 5 macam tak sampai hati pulak nak kacau dea tido. Sebab dea penat kerja. So tade lah call. 


Pagi nie pukul 9 mak dah kejut bangun. Katanya kejap lagi ada orang datang nak repair aircond bilik. Terpaksalah bangun. Takkan lah nak suruh orang tu masuk bilik dengan baju tido nye kann. Pastu mandi sume last last orang tu datang pukul 12. Pffftttttt -____________- Sakit nye hati. Grrrr. Seperti biasa, Hafiz bangun lambat. Tape lah. Memang taknak dea bangun awal pun. Penat pulak dea nanti. Lepas tu my bff Amira Ali wish birthday. Dea kata dea tak sngka kitorang akan jadi bff sebab dulu dea taknak kawan dengan saya sebab dea banyak dengar cerita buruk pasal saya. :) tapee saya tauu. Dulu kawan saya izzaty tu pun penah dengar macam macam pasal saya. Tapi bila dah kenal saya baru lah diorang tau cerita tu betul ke tak. 

Thuraya Nur pun ada wish jugakk. Dea kata dea nak lukis gamba saya. Hahahaa kalau betul lah kan seriously tak sabar. Heee. Thanks to sape sape yang dah wish birthday sayaa. Maybe awal lagi untuk say thanks kan but tapee. Nanti Next entry cakap thanks lagi. Hahahaha kbyee !

Friday 27 January 2012

New Look.

Hye peeps. Dah lama tak update blog. Bukan apa. Busy edit blog saya. Nie suma angkara Izzaty. Dea yang bagi link tutorial. Hahaha. Okay, for new followers i'm sorry if this log blog sangat bosan and buruk. Saya budak baru belaja. :) this entry nak bagitau ape yang saya buat dengan blog saya yang dah jadi sangat buruk nie. Tak salah kita merendah diri kan ? Hahhaha. Okay kalau follower saya yang lama maybe akan recognize ape pembaharuan kat dalam blog SyafiqaJaafar's nie. Nie saya bagi list keyh.

1. Cuba tengok menu bar saya. Kat tab awak tuu. Gerak gerak en. Hahaha

2. Tengok header saya. Dulu saya letak gamba kawan2 tapi nie saya dah ubah. 

3. Tengok post title saya. Title tu pun gerak gerak jugak. 

4. Paling terang, tengok post saya. Ada Assalamualaikum. :D

5. Semua post saya mesti ada ayat nie kat bawah. 'Terima kasih kerana sudi membaca entry saya. Like kalau  suka'

6. Dekat bawah tu pulak ada button LIKE. So if nak tekat boleh lah. Lepas baca tekan jea taw. :)

7. Lepas tu saya ada letak 'Thanks for reading. Leave yourcomment'

8. Cuba letak cursor saya tu kat mane2 gamba. Tengok lah ape jadi kat gamba tu. :)

9. Tengok cursor saya warna ape. Hahaha

10. Paling penting, tengok about me saya. Penat taw buat dea.

11. Scroll mouse awak sampai bawah. Tengok saya tulis ape. 

12. Haaa bukak mane mane entry then cuba tekan right click.Keluar ape eh ? :P

13.  Dekat cursor saya ada love love jatuh. Warna hitam, Nampak tak ? :D

14. Blog saya ada salji. weee ~

15. Pastu ada love jatuh jatuh. Hee

16. Kat side kiri ada button home. If nak keluar click jea button tuu.

17. Kat side kanan pulak ade button utk BLOG, TWITTER and FACEBOOK saya. Nak jadi kawan ? Hit that button. :)

18. Saya hilangkan navigation bar tu. If nak follow or nak pegi dashboard, kat bahagian atas belah kanan.

19. Saya tukar lagu. Hee kalau bole nak letak lagu yang Hafiz saya bagi. 

Tu jea lah yang saya ingat. Hehe. Ingatkan nak tukar background tapi tadi waya ada cakap saya hari hari tukar background. Hahaha okay lah. Sampai kat sini jea entry saya. Kalau rasa ada nak comment pape pasal wajah baru blog saya nie comment lah yea. Or mane tau ada link  link tutorial ke. Bagi jea. Bubyeee :)

Thursday 26 January 2012

The real life is the life after.


What do you do when somehow inside of you,
You know that you are loving the wrong person 
but your love is so strong that you can't let go 
and you prefer accepting life a it comes.

After all we are only here for a while..
The real life starts when we are no longer in this world.
People we meet or we stay with will soon leave you.
The real life is the life after

Habit Abah -.-

Okay. Rasa hari nie nak cerita pasal abah saya. Hee. Tetiba kann? Sebab tak tau nak cakap pasal ape dow. Okay okay. The story is begin here. Abah saya memang jarang ada kat rumah. And once bila dia ada kat rumah dea akan cakap banyak. Sume benda yang tak senang kat mata dea dea akan cakap. Kadang kadang kitorang yang letih. Tapi saya jea yang tahan dengan mulut dea. Sebab saya kan anak abah. Hahahaha. Abah tak suka membebel. Tapi bila sekali dea dah cakap hmm Tuhan jelah yang tahu. Kalau dea tengah cakap, jangan layan. Nanti lagi lama dea cakap. Dulu tak macam nie. Sekarang nie jea. Hahaha. First habit abah is dea suka keluar rumah tak tutup pintu. -.- Nie yang paling bengang punye habit. Bila dea keluar dea bukak grill then start enjin terus keluar. Nasib baik pintu kat car porch tu reti tutup. Kalau macam nie lah porang masuk nak kidnapped aku pun tak sedar. Hahahaha pastu bila saya buat macam tu dea bising. Dea kata tak berdisiplin lah bagai. Haiyoooo tapi tape. Saya tak menjawab pun. Second, mak suka beli makanan. Merepek repek punya makanan. Beli biskut then snek sume. But abah tak suka. Tapi mak kata tape laa. Saya duduk rumah tak buat pape nanti tade makanan susah pulak. Hahaha sebab tu lah anak diorang nie gemok semacam. makanan banyak sangat. Sampai kadang kadang ada kawan kawan yang kata rumah saya syurga makanan. Hahahaha sengal. Pastu kat atas meja nie ada satu bakul. So bakul tu dah penuh dengan makanan. Biskut roti snek bagai. Dah menimbun macam gunung. Pastu abah bising. Abah kata dah macam mini market dah rumah nie. Hahahaha. Pastu ayat dea yang tak bole blah 'meh sini abah tolong habiskan makanan makanan kat dalam bakul nie eh'. Hahahaha padahal lapar tapi cakap banyak. Third, habit abah is bila makan suka suruh saya cuci pinggan. Ayat dea is ' angah, tolong abah cuci pinggan. Tolong abah kamu nie dapat banyak pahala. baik kejar pahala tu'. Kfine ! Terpaksalah buat. Hahaha kalau terpaksa pun tak dapat jugak pahala tu kann. So kalau abah tengah makan duduk dalam bilik. Kalau tak pun buat buat busy. Nanti dea cuci pinggan sendiri/ Kalau dea tengok tengah free jea kan. Main main hp, nanti dea suruh cuci pinggan dea. Hahahaha . Selama 18 tahun hidup dengan abah, tu lah perangai dea. But even apa pun dea tetap abah saya. Saya senang what dengan habit dea tu. :D Okayy. Tu jea yang nak tulis. At least dapat senyum masa tulis entry nie. Hahahaha kbye !


MohdJaafarHjErman <33

Wednesday 25 January 2012

Kfine !

Hafiz bangun lambat. Huh. bengang jea. Dah lah hari nie dea masuk kerja lambat. Tapi bangun lambat pulak. Tape lah kann. Then text dea. Tade lah marah marah. Pastu dea merajuk. Sebab semalam saya tido dulu. Hehe nak buat macam mane. Balik lambat sangat. :P Pastu pujuklah dea kan. Buat ayat sedap hati sikit. Suruh dea pegi tido puas puas. Then dea tido kejap. Pastu petang tadi dea pulak buat orang merajuk. Huh entah macam mane tiba tiba bukak twitter dea tak bole. Dea kata dea tak buat pape pun. Then dea follow balik. Suka suka jea dea nak unfollow kan. Unfollow betul betul kang tau aa. Sape tak marah. then diam jea. Tanak text dea. Pastu tengok hp pun tak bunyi bunyi. Aish tanak pujuk ke kan. Then biar jelah. Bila nak pegi makan tengok hp jap. Eh ada mssge lah. Hahaha excited. Tapi buat buat merajuk lagi. Buat macam malas nak reply. Then dea buat lah manja manja dea. Actually dah melting tapi buat buat marah lagi. Pastu ugut ugut taknak pegi kerja. Memang tak aa bagi dea tak pegi kerja. Pastu dea tanya suka ayam or daging. Soalan dea pelik. Pastu jawab lah suka daging. Hahahaha nak pujuk lah tu. Saya girlfriend yang bersederhana jea. Kalau merajuk tak suruh pun boyfriend beli benda yang mahal mahal. Cincin ke bunga ke. Burger pun dah cukup. Hahaha. Cakap macam nie sebab memang tengah mengidam nak makan burger. Ngek gile. Hahaha sayang HAFIZ saya ketatketat. Hahahaha dea tau macam mane nak pujuk saya. Sebab tu lah saya sayang dea ! (Y) Tapi saya bukan reti merajuk lama lama punn. :P Hahaha Kbye !

Tuesday 24 January 2012

Semoga Cepat Sembuh. :)


Here is myAshton. Dea tengah sakit sekarang. Kesian dea. Penat sangat koet kerja. Tape sayangg. Sampai 29 nie jeaa. Mybe rindu tak jumpa i lettew. Hahahaha perasan kejap. :P Atau mybe sakit sebab saya jealous sangat. Hahaha entah lah. Cepat sihat keyh baby. Tamau sakit sakit dah. :*

p/s : mybe post nie mcm gedik sikit. Hahaha saje nak tiru budak budak zaman sekarang bercinta. :P


Edit Edit.

Hari nie edit blog. Blog kat link dulu tu macam buruk jea. Then try nak buat blog macam Izzaty Sahury. Pastu tekan tekan tak bole. Banyak pulak instruction dea. -.- Then  bila nak mintak tolong zaty dea dah buat status 'offline. nak makan'. Pffftttt sakit pulak hati. Pastu text dea suruh dea on lepas makan. Nak edit blog. Then dea kata okayy. Lama jugak laa nak tunggu dea habis makan. Pastu dea pun on. Bila dea on then dea post kat wall 'ayuh mulakan'. Cehh macam ape jea. Then dea ajar ajar jadi lah macam mana yang anda tengok sekarang. Comel tak ? Waya kata header saya comel. Hahaha. Tengok laa pic sape kann. Rindu diorang. Thanks to IZZATY SAHURY cus tolong saya edit blog. Kalau tade dea mungkin blog saya tak sechantik nie. Hahahah. Propa lebih. Tade lah. Betullah. Thanks sebab sudi ajar dea. Ada certain certain orang yang taknak ajar bila kita mintak tolong. Dea lah sahabat saya dunia akhirat. :') Ada dengan saya dikala saya memerlukan pertolongan. Hahahaha. Okay lah. Sampaidisini sahaja. Comment lah kat sini tentang blog baru saya. Bubyee. :)

p/s : Izzaty yang suruh buat blog pasal dea tolong ajar edit blog. Hahahaha

Monday 23 January 2012

EXHAUSTED

Sekarang jam menunjukkan jam 1:05 AM. See, AM. Tau tak betapa mengantuknya saya sekarang. Saya baru balik dari shopping. Seperti biasalah. Tempat ape jea yang bukak untuk shopping pagi pagi nie kalau bukan downtown. Mula mula pegi makan dengan family. Dekat Wangsa Maju. Text Hafiz kata nak pegi makan. Then Hafiz kata makan besar eh ? Hahahaha LOL. Makan besar tu untuk cina lah. Tapi betul jugak. Seriously kat tempat makan tu ramai orang. Orang melayu pulak tuh. Biarlah. Kitorang pun nak makan besar jugak. Then lepas pegi makan, pegi laa downtown. Ada orang nak cari seluar. Hmm ikutkan jelah kann. Nasib baik bukan saya yang bawak kereta. Kalau saya yang bawak kereta confirm takkan sampainya kat downtown tu. Terus balik jea. Hahaha busuk tak hati ? :P Pastu sampai jea kat downtown macam biasa lah. Parking susah nak dapat. So, park laa jauh sikit kann. Kalau dah park jauh tu confirm nak jalan pun jauhkann. Dah laa tengah kenyang gile. Pastu jalan pulak tu. Memang mencungap lah nyawa. Hahaha. Macambiasa lah. Downtown ramai orang. Pastu dah laa ramai, macam macam fashion kita nampak kat sana. Padahal downtown jea koet. Pakai macam nak pegi KL. Nasib baik laa tak pakai gaun pengantin pegi sana. Hahaha tu lagi merepek. Ingatkan bila dah dapat jeans terus balik. Tapi bole pulak round satu downtown. Cuba bayangkan time tu dah laa mata dah berat. Bole pulak ajak round round lagi. Mak pulak asik tanya nak beli pape tak. Kalau mata dah mengantuk memang sume benda lah nampak buruk kan. Last last budak tu yang dapat banyak barang. Saya dapat laa tshirt. Dah rasa macam kesuntukan tshirt dah. Yelah dah berapa lama pulak tak keluar. So kalau tak keluar tade lah shopping kann. Pastu balik. Then nie baru sampai rumah. Harap harap dapat lah tido nyenyak. Jangan laa ade orang yang main mercun. Please laa. malas nak dengar. Okay lah. Sampai di sini jea post untuk hari nie. Hahaha bubyee. Goodnite. Assalamualaikum. :)

Friday 20 January 2012

TAKE NOTE !

I'M NOT IN MOOD .
SO BETTER YOU BACK OFF !

Thursday 19 January 2012

Kerja Oh Kerja. :(

Sekarang bila tengok balik ramai budak budak yang sama batch dah kerja. Hmm, tapi diri sendiri tak kerja lagi. Dulu masa ada orang panggil kerja tak pegi. Sekarang bila dah desperate gile nak kerja, orang tak panggil panggil. Karma dow. Masa keluar dengan Shena and Siraj, ada laa jugak apply kerja. Tapi orang tu tak panggil panggil pun. Lepas tu masa keluar dengan Zaty and cousin dea pun ada jugak apply. Tapi orang tu pun tak call call lagi. Sedih ouh. Zaty dah dapat kerja dah. Tapi bukan kerja yang sama kitorang apply tu laa. Kalau dea dapat sumpah touching. -.-  Pastu hari tu ajak waya keluar. Pegi 7E jea. Suruh dea teman apply kerja. Apply lah kat 7E tu. Pastu pegi Carefour pulak. Apply tapi tak call jugak. Bengang pulak lah kann. Nak kerja dow. Nak cari duit. Pastu kalau dah ada duit senang laa nak keluar. Bole shopping. Tade lah harapkan duit mak abah jea. Lagi satu bole beli ape jea yang kita nak. Tapi tape lah. Tade rezeki lagi koet. :)

p/s : orang yang tak amek kitorang bekerja tu adalah orang yang paling rugi dalam dunia nie. :P

Alhamdulillah.

Hari nie date untuk pegi test undang undang. Orang lain sume lepas 3 hari attend class 5 jam dah pegi amek test. Tapi saya dah 2 minggu baru nak pegi amek. Bukan ape. Takut dow. But one day bila saya tweet dengan kawan saya, Aina terus call my mom and suruh dea call tempat lesen tu and cakap minggu nie nak pegi amek test. Berani mati tak ? Hahaha tade lah sangat. Sebab dea kata test tu senang. Dea baca 2 hari jea dah bole jawab. KFine ! Nampak sangat diri nie penakut. Dah 2 kali khatam buku tu tau. Hahaha buat gelak dek orang jea. Wutever. Takesa punn. So ikutkan booking hari nie orang tu amek kat rumah pukul 8. Pukul 710 tadi Hafiz text suruh bangun. *winkwink* Pastu dea kata pape bagitau dea. Sebab dea nak tido balik. Pukul 1 masuk kerja kann. Pastu pukul 8 tunggu lah kat depan rumah. Muka mengantuk nie. Dah pukul 830 uncle tu tak muncul muncul. Bapak bengang nye. Kira dah terlelap laa jugak kat depan rumah tu. Pastu tak puas hati call mak. Mak pun marah then dea kata nanti dea call orang tu. Bila call orang tu kata dah nak sampai dah. Ingatkan dea tipu tapi betul. Dea datang dengan kereta. Bukan van lagi macam aritu okayy. :P Lepas tu dea amek Kevan. hahaha terkejut gile. Tapayah nak terkejut sangat lah kann. :D Lepas tu pegi lah tempat test tu. Ramai gile orang. Masuk masuk jea dah dengar perempuan cina tu menjerit. Okay sumpah takut. Pastu sume orang dea marah dow. Seriously. Tak tau asal angin dea hari nie. Tapi orang kata perempuan tu memang macam tuu. Dalam hati cakap jangan laa sampai turn aku dea marah marah. Hahaha. Sebab bila orang lain tak bole nak cap jari or tangkap gamba senget ke ape ke, dea mengamuk. Lepas tu bilamy turn dea okay. Nasib baik dea tak marah marah. Pastu bila masuk jea bilik test tu sumpah satu badan sejuk. -.- Tak penah rasa macam nie. Masa amek SPM pun tade lah rasa macam nie dow. After that jawab jawab then bila click 'KEPUTUSAN' 49/50. Yeahhh ! Rasa nak lompat bintang pun ada. Hahaha. Tapi tak bole sebab nanti perempuan gile kat luar tu jerit jerit lagi. :D Pastu keluar jea Cina tu kata 'Eh sudah habis ka?' Then angguk laa. Takut nak cakap. Pastu dea kata 'manyak laju haa. yang masuk sebelum u pun tak habis lagi'. Pastu senyum jea. Dalam hati bangga. :P Bila tengok kat paper tu tulis masa menjawab 8 minit. Gempak tak ? Gempak en. *angguk ! Hahaha pastu text mak dengan along. Mak okay lah happy tapi along, -.- Dea kata 49 jea ? Orang dah 2 kali khatam kena 50 lah. Sakai betul. Tak bersyukur punya manusia. Hahaha.Pastu tak lama lepas tu baru kevan keluar. Lama gile dea jawab. -.- Then sume orang dah amek slip tu tapi ada sorang kakak nie belum amek lagi. Lama gile. After that bila dea dah dapat slip tu dea pun keluar nak balik. Dea just dapat 33 jea. Kesian dea. Pastu before nie rupanya dea dapat 30.  Maknanya dah 2 kali repeat. Next time 3 kali lah. Hmmm, tape. Belum rezeki dea lagi tuu. So sekarang kena tunggu ChineseNewYear lah. Lepas tu baru bole continue lesen. Hee tak sabar. :D

TWITTER. :D

Hari nie rasanya nak post banyak entry. Hahaha gedik en. Ingatkan nak tunggu lappy bole pakai tapi macam lama jea. Tak bole tunggu dah nie. Nafsu dah membuak buak. Hahaha ayat nak lucah jea. Dah lama tak tulis pape dow. -.- First entry nak tulis pasal twitter. Padahal kat title dah tulis. Saje jea nak mentioned banyak kali. -.- Sekarang nie saya dah tak on fb lagi dah. Always on twitter. Artis laa katakann. Hahaha jkjkjk. Idk why but i think twitter lagi better dari fb. Bak kata Siraj, twitter takde orang nak like, or comment macam fb. Betul jugak laa. And actually twitter laa yang buat saya dengan Siraj and Shena rapat balik. Bukan kitorang gado tapi keadaan tak mengizinkan untuk kami rapat. Hahaha ayat propa jea. Kitorang kenal + kawan since form 1. Masa tu class 1 Proaktif. Pandai jugak laa. :P Shena masuk lambat. But kitorang ala ala friendly gitu kann. :P Pastu bila masuk jea form 2 dah tak rapat. Masing masing dah tak sama class. Tapi rasanya Shena dengan Siraj sama class. Rasanya laa. Pastu kalau jumpa pun biasa biasa jea. Padahal masa form 1 rapat nauzubillah. :P Pastu masa kawad last year kitorang rapat SIKIT. :D Selalu jumpa. Tu pun sebab latihan kann. Kalau tak memang tak jumpalah ceritanya. But sekarang bila dah habis sekolah, terus rapat BANYAK. Haaa nampak? Tadi SIKT. Sekarang dah BANYAK. :P Kitorang selalu tweet jea. Kat fb jarang. Tapi sekarang lagi lah jarang kat fb. Sebab masing masing dah deactivated fb masing masing. Tapi saya belum deactivated lagi. Tamau lah. Mungkin diorang ada sebab tersendiri kenapa diorang deactivated fb diorang. Sukahati diorang lah. Orang nak sibuk sibuk buat ape. -.- So saya harap relationship nie akan berkekalann. Masing masing dah buat entry pasal KAMI. So sekarang turn saya pulak lah. Now dah buat. Yayyy ! Happy Happy. :P Btw, tadi Siraj puji gamba saya. Hahaha heboh. :D Sape yang nak follow saya on twitter nie acc saya. @syafiqajaafar. :) 

 Ini Shena.
Nie jea gamba yang dapat amek.
Tu pun sebab ada kat twitter. -.-


 Here's my Siraj. 
Nie pun gamba yang ada kat twitter.
Ape pun tetap comel. :*

Friday 13 January 2012

13 Januari 2012 = Awesome Day ^_^

This post special sikit. Heee. Setelah sekian lama berkurung di rumah, akhirnya tadi dapat jugak keluar. Hari nie ada meeting dengan Shena and Siraj. Hahaha. Kitorang actually dah kawan since Form 1  but jarang jumpa. Alhamdulillah friendship nie like belum ending lagi lah. Still move on. ;P Kitorang plan nak pegi Leisure. Sumpah 18 tahun hidup, that was the first time saya pegi sana. Haha i knw sakai. ;P Mula mula janji tunggu dekat bus stop rumah Siraj but seriously tak tau bus stop tu kat mane. Padahal dah lam duduk kat BTHO nie kan. Hahaha. Pastu pukul 10 tadi bangun then terus text Shena. Cakap dekat dea yang nak tunggu kat guard lah. Takut nanti sesat pulak. Pastu Shena pun kata okayy. Then Shena suruh kejut Siraj. Bila call tade orang angkat. Dah menyirap ah kan. Pantang nie kalau call tapi tak angkat. Pastu ingatkan nak text Shena nak tanya SAMPAH Siraj tu kalau orang call bole dengar ke. Tapi lupa pulak yang Shena tade credit. Tak lama lepas tu Siraj text. Dea tengah siap siap. Hahaha semangat sangat. Pastu cakap dengan Siraj yang tak tunggu sekali dengan dea. Then pesan suruh bawakkan bekal untuk breakfast. Looks like dea serious nak bawakkan. Untung laa abang chef kann. ;P Pukul 1130 tadi ibu Shena amek. Sampai jea kat sana terus pegi cari kerja. Pastu Siraj malu malu pulak nak tanya. -.- After that dah apply sume pegi lah jalan jalan. Pastu Siraj belanja makan sushi. Sangat enak. Tapi Shena tak makan sebab dea tak reti. Haha dea try sikit jea. Pastu dea taknak dah. Lepas tu pegi interview kat satu kedai baju nie. Orang tu macam garang jea. Dea kata nak kerja sampai bila. Dea taknak kerja sekejap sekejap jea. Pastu kitorang pun bantai lah cakap sampai bulan tujuh. Padahal saya kena PLKN. Hahaha lantak lah. Bila interview dea taknak amek Shena sebab Shena pakai tudung. Pfffttt -______- Dasar tempat kafir. Hahaha. Pastu bole suruh Shena bukak tudung kalau nak kerja dengan dea. Memang tak laa.  Banyak jugak laa tempat yang orang taknak amek staff yang pakai tudung. Macam ape jea. Mybe sebab tu kan tempat Chinese. Pastu tengok kedai makan macam sikit jea kan kat situ. Kalau bole nak apply kat kedai makan lah kann. Then jumpa map. Dea bukan lah map but membantu macam map lah kann. Hahaha. Kat situ macam taik. Gelak gelak tak ingat dunia. Hahahaah. Begado tak tau tempat tu kat bangunan mana satu. Pastu tekan lif then bincang lagi. Pastu bila lif bukak buat tak tau jea. Banyak kali main lif. Hahaha time tu macam have fun gile. Dah penat gelak gelak pastu sume lapar. Pastu jadi orang angkuh sikit makan kat Oldtown. Hahaha. Bajet muka banyak duit. Pastu sume nak save jea. Makan yang murah murah. Hahahaha. Seriosly hidup tade duit memang tade life. Susah gile nak hidup. Benda paling tak bole lupa bila ada dua orang manusia yang pakai bajum kemeja sama macam yang saya pakai. Errr malu okayy. Pastu Shena dengan Siraj tolong cover kan. Hahaha padahal orang tu still perasan. Actually dea bukan lah exactly the same but size corak jea yang bezakan baju kitorang. Malu okayy. Tapi seriously hari nie have fun sangan sangat dengan mereka. Hope dapat keluar lagi dengan diorang. :D

Angan Angan :D

Saya suka berangan. tipu laa kalau ada orang yang benci berangan kan. Hahaha. Paling saya suka berangan jadi chantik. Hahaha. Okay tapayah nak menyampah sangat lah kan. Dah kata berangan jadi chantik. Bukan rasa diri tu chantik. Haih. Tak salah kalau rasa diri tu chantik kan. Kang kalau rasa diri tu buruk tak keluar rumah pulak kang. So, kalau dah berangan diri tu chantik tu mesti rasa nak jadi macam macam. Kalau bole nak kerja yang glamour glamour jea. Dulu masa sch rendah kalau cikgu tanya ape cita cita kamu Syafiqa. My answer is saya nak jadi polis cikgu. Hahahaha. Pastu bila parents tau diorang rasa macam annoying jawapan yang saya bagi tu. Alah biasa lah. Budak budak kann. Kalau tak polis mesti doktor. Kalau tak doktor mesti cukgu atau ahli bomba. Tapayah nak atau sangat lah kan. Hahaha. Then one day tu ada someone yang buat saya rasa nak tukar cita cita tu. Someone tu is sepupu nenek saya. Dea datang rumah nenek then bila dea nampak cara saya duduk dea tegur. Dea kata "kamu nie ada ciri ciri nak jadi lawyer lah". Since daripada tu terus rasa nak jadi lawyer. Sampai lah sekarang. And my mom said memang bole jadi lawyer pun sebab asik nak menang jea bila argue dengan orang. Ofcs laa kann. Syafiqa pulakk. Hahaha. Pastu dalam masa yang sama teringin nak jadi model. Hahahah. Tu perasan lebih. Dah kata perasan chantik kann. Berangan lah benda yang chantik chantik. Pastu jadi manusia yang suka sangat tangkap gambar. And one day masa raya tahun lepas pegi beraya kat rumah EX-classmates, Nisak. Then masuk bilik dea nampak satu gambar saya. Gambar tu dea tangkap masa tengah lepak lepak kat LV. Dea print and tampal dalam bilik dengan koleksi gambar gambar lain lah kan. Macam shock giler. Then dea kata dea suka gambar tu. Chantik. Nampak macam model. Hahaha time tu rasa nak terbang jea. Bangga bangga. Nanti saya tunjuk pic tu. :D Lepas tu selain rasa nak jadi model, pernah jugak teringin nak jadi pramugari. Hahaha. Pramugari pakaian dea chantik. Pakai skirt. Hahaha. Mesti macam ada orang nak sumpah aku kan. ;P Tade laa. Tengok diorang pakai uniform then make-up lagi. Benda tu macam interesting. Sape yang jadi pramugari chantik chantik taw. Mengarut right. But nak buat macam mane. Kalau dah tak chantik just mampu untuk berangan jelah kan. :) Heee. Tapi sekarang rasa nak jadi lawyer tu still ada. So masa apply U ada pilih undang undang. Saya akan jadi lawyer yang chantik. Hahahah. Dengan baju putih and coat, hahaha.Okay lah. That all nak share untuk post hari nie. Byeee. :D


credit to : Nisak Photography :)

HOME ALONE :|

Okayy. Now dah pukul 1. Hmm memang pecah record cus dah nak pukul 1 pagi but still online. Nie pun sebab tade sape kat rumah. Kalau my mom ada confirm dah kena jerit. Hahaha. Dah lama tak update blog ow. Rinduu. :p But actually tak tau nak post ape. Apetah lagi sekarang lappy tade. Kena on guna comp. So malas nak tunggu lama lama nak on comp semata mata nak update blog. Kalau dulu ade lappy if ade jea crt pape terus on. If tak pun dah confirm2 on satu hari. Pape jadi terus post jea. Btw, actually lappy charger rosak. Haha ganas en. Ntah ape kitorang adik beradik dah buat dengan lappy tu pun tak tau lah. 

Okayy. Sangat bosan malam nie. Hafiz dah tido. Maybe penat. Not maybe but memang penat. Kesian dea. Hahaha. Pastu IM dengan Aini. Dengar cerita dea yang GEMPAK tu. Hilang laa sikit bosan kann. Esok nak keluar dengan Siraj and Shena. Nak cari kerja katanya. Maklum laa. Semua stok menganggur jea. Ada yang dah keja pulak tahan 4 jam jea. Pastu berambus balik. Hahaha tu lagi kelakar. Actually saya dah gian nak main bowling nie. But tempat nak pegi esok takde bowling. Ade game jea. And Siraj looks like excited nak main game tu. Kata dea nak kumpul ticket panjang2. Hahaha. Scary dow tinggal rumah sorang sorang. Dea jadi sensitif semacam. Dengar bunyi even bunyi aangin pun dah takut. Hahaha ada ke dengar bunyi angin? Okay tu maknanya dah mengarut. Dah lah. Nak tido . Mungkin akan tido laa. Hahaha byee. <33

Monday 9 January 2012

Kata kata Amira Ali. :)

Kau jangan rasa kau tu cukup hebat la bila dapat mainkan perasaan seorang gadis ok sebab ALLAH MAHA BERKUASA.kau kena ingat,tak mustahil hati kau jugak akan dipermainkan walaupun kau seorang lelaki,dan masa tulah nanti kau akan rasa betapa perit dan terseksanya hidup bila dipermainkan dan diperbodohkan.kalau tak kena kat kau pun,boleh jadi kena kat adik kau,kakak kau,tak pun anak kau.so,jangan la bangga sangat ok.setiap perbuatan ada balasannya.

Tadi bukak fb then tengok Mira ada post kat status dea ayat kat atas tu. Then rasa macam kata kata tu patut dibuat sebagai first entry saya setelah berapa lama tak update blog kan. Hmm, saya tau ape perasaan kalau seorang perempuan yang dah bagi sepenuh kasih sayang dekat seorang lelaki then lastly benda tu tak terbalas pun. Saya tau sebab saya pun perempuan. Hati  perempuan nie kan lembut. Tapi just kena ingat apa yang orang selalu cakap hidup kita nie ibarat roda. So, kalau ada yang rasa dea dah hebat sebab selalu buat seorang perempuan menangis, dea salah. Sebab apa yang dea buat dekat seseorang tu akan dibalas. Cuma lambat atau cepat jea. So, if awak rasa yang awak dah hebat sebab mampu menghina seorang perempuan yang betul betul menyayangi awak, tak appreciate, just ada dengan dea waktu dea susah, kau belum hebat lagi. Satu hari nanti apa yang kau buat dekat perempuan tu kau akan rasa. Just tunggu jelah. Masa tu jangan kau berdoa dekat Allah "kenapa kau beri dugaan nie dekat ak?" or "kenapa orang yang aku sayang buat aku macam nie?".  Tapi kau kena berdoa "adakah nie balasan kesilapan aku yang lalu?" atau "Adakah nie balasan kerana mengabaikan perasaan orang yang aku sayang dulu?". Renung-renungkanlah. :)

Friday 6 January 2012

Hurting.


You have to get hurt. 
That’s how you learn. 
The strongest people out there,
The ones who laugh the hardest with a genuine smile, 
Those are the people who have fought the toughest battles. 

Because they've decided that they’re not going 
to let anything hold them down, 
they’re showing the world who’s boss.

Every girl deserves to be treated like a princess ♥


Every girl deserves to be treated like a princess♥ 
So girls have self value stop being so easy, 

if a Guy cheats LEAVE, always be confident. 

If you can't be happy by yourself that's a problem you don't NEED a Guy. 
If you start needing guys to be happy that's a problem. 

It doesn't matter what anybody thinks of you. 
What you think of yourself is what really matters. 

You are your worst enemy. 

Now start L O V I N G yourself♥

Wednesday 4 January 2012

3 January 2012.

Hyee. Semalam tak update pape pun. Sebab semalam i attend class 5 jam kat hulu langat. Babe, sumpah penat plus bosan. Hari nie turn Hafiz pulak. Macam mane laa keadaan dea kan. Bole ke tahan. Dea kan cepat bosan. Haha. Biarkanlah dea. Nanti pape dea text lah tu. Semalam pukul 1130 jea dah ada kat cp. Tunggu uncle tu amek. Lama nak mampos. Van ada tapi driver nye tade. Pastu ada sorang budak tu kata dea tengah minum. Suka suka jea. Aku pun tak breakfast lagi aw. Pastu class kat hulu langat sana tu dah laa start pukul 12. Oukul 1135 baru nak gerak. Tu pun kemain kelam kabut lagi. Suruh kitorang masuk van macam halau kambing. Hahaha sakai. Pastu ingatkan straught pegi. Tapi ada pulak nak jemput princess princess nie. Errr mengada betul. Kalau macam tu baik aku pun suruh uncle tu amek kat rumah. Whateverlah. Then uncle tu bawak van laju giler. Sumpah tak tipu. Nak tercabut jantung nie haa. Pastu bumper main langgar jea. Nie mengundang ketidakselesaan kepada kaum perempuan dalam van tu. Hahahha double meaning. Bengong. Lepas tu sampai laa kat sana. Sampai sampai jea dea bagi borang, register pastu masuk dalam bilik darjah. Hahaha tak bole blah nama bilik dea. Pastu start pun lambat. Pukul 1245 baru mula. Janji cina. Hahaha selalu janji melayu kan. Tapi disebabkan tempat tu cina punye cakap aa macam tu. First session punye best. Sebab pakcik tu kelakar. Tapi session kedua tak best. Sume benda dea nak ajar.Sampai nak amek lesen lori kontena sume dea ajar. Pakcik, kitorang nie nak amek lesen motor dengan kereta jerr. Urghhh. Then semalam sorang sorang jea kat sana. Masa rehat pun sorang sorang. Cari lah kantin kann. Lapar giler nie. Pastu pegi makan then ada laa sorang mamat nie gatal. Lelaki kann. Hahaha. Then pukul 545 baru habus. Ingatkan terus balik tapi nak tunggu uncle tu sttle ape ntah. Pukul 7 baru sampai rumah. Bosan right hari saya semalam? Sangat bosan. Hari nie kena study untuk test comp nanti. Baca buku lagi. Hmmm bye then. :)

Sunday 1 January 2012

All about me. :)

Hye peeps. Hari nie saya bosan. Bosan gile. Tak tau nak update ape kat blog. Rasa macam nak tulis tentang diri sendiri lah. Asik tulis pasal orang lain jea. Bosan pulak. Nie kan blog saya. So, sedikit sebanyak kena laa tulis pasal owner punya blog kann. :D Okayy. Nie saya tulis ape yang saya ingat taw. Hee

1. Saya sayang Abdul Hafiz bin Ab. Aziz <3 <3

2. Saya tak suka orang yang nak ikut kepala otak dea jea. Sebab saya ada kepala otak saya sendiri. :)

3. Saya tak suka orang paksa saya buat kerja. Lantaklah orang nak kata saya pemalas ke ape ke. I know what i'm doing.

4. Saya seorang yang kalau dapat something yang saya suka, saya akan spend banyak masa kat benda tu jea.

5. Tapi saya pun cepat bosan jugak. :p

6. Saya kalau tak suka about something saya akan luahkan. Bagi saya kalau kita tak sukakan something but kita pendam, it still happen depan kita. So hati kita sakit right. Baik lepaskan jea. Nak terima atau tak sukahati kau.

7. Saya baran. :)

8. Saya bukan seorang yang penyabar. But tengah belajar dengan Hafiz how nak jadi gurl yang penyabar. :D

9. Orang kata saya matang. Hahahaha

10.  Saya suka western food. Seriously.

11. Menyampah bila ada orang nak berlagak bagus depan bf dea. Example like nak tunjuk yang dea perfect and konon konon ada sifat keibuan. Ewwww.

12. Saya seorang yang susah untuk memaafkan. Kecuali saya dapat balas balik apa yang buatkan saya sakit hati.

13. Saya tak suka K-Pop. Masalah?

14. Kalau PMS, saya makan banyak and akan marah something yg remeh. Like kalau kalah main pool dengan Hafiz, saya akan mengamuk satu hari. :D

15. Saya tengah belaja masak. Bukan tak reti masak lagi okayhh. Hahaha

16. Saya seorang yang jimat. Kadang kadang saya pun control duit Hafiz. Slek tak bagi saya pegang bank card dea jea. Hahaha

17. Saya suka subject math.

18. Saya suka tukar tukar ambition. :D

19. Saya pentingkan rambut saya.

20. Saya tak suka menangis depan orang. :)

21. Saya tak cepat terasa sangat. ;)

22. Tak suka orang tiru apa yang saya buat. kalau dulu ada orang kalau pinjam buku nota saya, dea akan buat sebijik apa yang saya buat. Kalau saya lukis bintang, deakakan lukis bintang jugak. Paling teruk, warna pun sama. Sakit hati kan. :)

23. Saya takesa kalau hilang kawan sorang. Sebab masih ada lagi orang kat luar sana yang sayang saya.

24. Saya tak suka orang yang ambil kesempatan diatas kesenangan orang lain.

25. Saya ada facebook, twitter, blog, tumblr, skype, macam macam lagi lah.

26. Saya tak suka menunggu.

27. Saya memang suka mengarah. :)

28. Saya kuat cemburu.

29. Saya tak chantik macam awak.