Followers

Wednesday 29 February 2012

Kerja :)

Agak lama tak update blog kan. Ada yang kesah ke? Hahaha. Saya dah mula kerja. Akhirnya dapat jugak mencari duit sendiri. Mencari nafkah untuk kelurga. Hahahaha sakai. Baiklah. Tu jea saya nak cakap untuk entry pertama setelah 20 hari bekerja. :D bubyeee.

Thursday 9 February 2012

Perangai Apa Lah Sial !

Nampak tak title macam emo tu? Memang emo pun nie. Pantang betul kalau orang yang gunakan aku time diorang susah. Kau ingat aku nie ape. Memang hidup untuk tolang kau lah eh? Agak agak laa derr. Maaf tak bererti melupakan. Time kau happy happy kau dengan orang lainn, bila kau susah kau cari aku. Ingat aku hamba kau ke weh. Errr sabar jelah dow dengan kau. Nak jea aku sound tadi tapi slek aku baik lagi. Aku msg berlapis. Tapi aku harap kau makan dalam lah weh dengan msg aku tu. Sebab kau pun tak rep msg aku tu kann. Please think before act. Sebelum aku lempang kau laju laju. Byee !

Wednesday 8 February 2012

AZURA (Y)



Baru balik dari tengok movie. Hafiz bising orang tak ramai. Padahal hari nie hari kerja. Kitorang yang penganggur nie mana ade kerja. Hahaha. Cerita dea not bad. Tapi bosan sikit. Yang best part part romatic tu jelah. Tu jea nak cerita. Hahaha byeee. 

Monday 6 February 2012

Kepak Ayam Bahaya Untuk Perempuan.

Kepak Ayam Bahaya Untuk Perempuan

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.

Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada. Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

Ramai yang di luar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi dibahagian kepak kerana isinya lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghadapi pertumbuhan sista, sista yang terdapat dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghidapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serious dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan oleh kaum lelaki. Ingat, mencegah lebih elok daripada merawat. 

HARUS BACA !


Ini adalah sangat menakutkan. Serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan   tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk  ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.  Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan atendan tersebut dan dituduh menipu. Atendan tersebut memberitahu wanita tersebut supaya bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. Dengan segera beliau menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik sebahagian seorang wanita. Salah satu cara yang mereka lakukan ialah dengan merangkak perlahan lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya ialah stesen minyak atau kedai kedai runcit pada waktu malam. Kemudian mereka akan potong kaki / buku lali mangsa dan kemudian membunuh dan mencerai-ceraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta dan menculik mereka Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat kereta percuma. Ketiga, jika boleh elakkan memandu seorang diri pada waktu malam. Ini adalah situasi sebenar. Penculikan ! Pembunuhan ! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan ! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

Friday 3 February 2012

Woot Woot :D



This entry is for my HafizAziz <33
Thanks for today babyy. 
Iloveyou so much. :*
kbye !

p/s : nie gamba lama. muka budak sch. :D

Thursday 2 February 2012

LOVEBITES :)


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan jantung akibat daripada lovebite yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit itu pada awalnya. Mereka kemudian memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite di badannya. Dan dari kesan lovebite itu mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil itu menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung yang boleh menyebabkan strok. So, hati hatilah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri. Nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.


Wednesday 1 February 2012

Bole Jadi Bengong Kalau Hari Hari Macam Nie.

Okay. Hari nie nak cerita pasal apa yang mengusutkan kepala saya nie. Dulu masa sekolah sibuk borak borak dengan kawan kawan ape yang nak buat lepas habis sekolah. Pastu semua orang kata nak lepak lepak laa. Pastu nak kerja laa. Tapi saya lain. Saya cakap laa yang saya tak bole kerja. Parents tak bagi. Then bila tengok kawan kawan pun ramai yang kata taknak kerja. Nak lepak lepak kat rumah rehat rehat. Tapi sekarang lain yang jadi. Budak budak ramai yang kerja. Saya duduk rumah jea. Kalau dah kerja sape jea yang nak lepak kan.  Memang takde sape lah yang nak lepak. Nak taknak kena lah duduk rumah. Sangat bosan. Tak tau nak buat apa. Mula mula ada lah jugak fikir nak kerja. Bila cari kerja dapat macam taknak pulak. Dulu dapat tapi dea offer jauh. So tade lah terima. Bila sekarang nak cari kerja balik tade sape pun yang call. Macam karma dow. Actually bole jea pegi cari kerja lagi. Tapi ada satu sebab yang menghalang diri nie nak cari kerja. Saya fikirkan kalau lah saya dapat kerja, nanti tak bole lepak lepak. Nak keluar hangout pun susah. Tapi bila tak kerja pulak bosan duduk rumah. Duit pun tade. So tak tau lah nak kerja ke taknak dow. Tak tau nak mintak opinion sape. Hmm tu jelah untuk entry hari nie. Kalau nak comment sila tinggalkan jea comment anda tu yea. Assalamualaikum. :)