Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan jantung akibat daripada lovebite yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit itu pada awalnya. Mereka kemudian memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite di badannya. Dan dari kesan lovebite itu mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil itu menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung yang boleh menyebabkan strok. So, hati hatilah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri. Nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.
No comments:
Post a Comment